KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Batu 9, Jalan Kuching-Serian di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Francis Lim Soo Fat, 19, disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikalnya ketika melalui jalan berkenaan.
"Mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda terbabas lalu merempuh belakang lori berkenaan.
"Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE
Remaja Maut Motosikal Rempuh Lori
Reviewed by Unknown
on
August 24, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
August 24, 2017
Rating:

No comments: