SELALU kita dengar kes suami yang sering pukul isteri jika keinginan seksnya tidak dipenuhi, namun kes ini memang rare sekali.
Sebabnya si isteri tergamak memukul suami yang enggan melayani nafsunya untuk melakukan hubungan seks 10 kali sehari.
Memetik China Press, seorang pekerja kilang mendakwa sering dipukul dengan rotan jika gagal memenuhi permintaan isterinya untuk melakukan hubungan seks pada bila-bila masa.
Kejadian dipukul isterinya sudah beberapa tahun berlaku namun disebabkan perasaan malu, mangsa enggan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Tidak dapat menanggung seksaan itu lagi, lelaki itu kemudian meminta bantuan daripada pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng.
Kuan berkata terdapat kesan sebatan di anggota badan dan punggung lelaki itu.
Lelaki itu menceritakan dia dipaksa melutut dan akan dirotan di bahagian punggung sekiranya menolak ajakan nafsu buas sang isteri.
Susulan kejadian itu, Kuan mencadangkan agar lelaki berkenaan mendapatkan bantuan perubatan dan khidmat kaunseling untuk isterinya yang berusia 31 tahun. – MYNEWSHUB.CC
Suami Disebat Isteri Sebab Enggan Seks 10 Kali Sehari
Reviewed by Unknown
on
August 14, 2017
Rating:
No comments: