MIRI – Urusan permohonan dan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) tidak dapat dibuat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri selama tiga hari mulai semalam.
Ketua Jabatan Imigresen Miri Noryncosma Jauk berkata, ini berikutan mesin yang mengeluarkan PMA tidak dapat digunakan buat sementara waktu kerana terkena air akibat hujan lebat pada Sabtu lepas dan mesin tersebut dijangka dapat digunakan semula pada Rabu ini.
“Pejabat Jabatan Imigresen Miri di UTC masih dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang tetapi tiada urusan berkaitan dengan PMA dilakukan buat sementara waktu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noryncosma berkata, orang awam yang hendak memohon PMA boleh ke pejabat Jabatan Imigresen Bintulu jika memerlukan dokumen tersebut dengan segera.
“Kami telah meletakkan notis mengenai tiada urusan permohonan dan pengeluaran PMA buat sementara waktu di pejabat imigresen di UTC untuk maklumat orang awam,” katanya. – BERNAMA
Pengeluaran Pasport Di UTC Miri Dihenti Sementara
Reviewed by uMieySurianie
on
August 14, 2017
Rating:
No comments: