Seo Services

Taufan Harvey Cetus Banjir Di Houston



HOUSTON: Taufan Harvey mencetuskan banjir meluas di Houston, semalam sehingga menyebabkan banyak kediaman dan lebuh raya ditenggelami air, ketika penduduk mencari perlindungan dengan ramalan hujan luar jangkaan untuk tempoh beberapa hari lagi.

Harvey membadai lewat Jumaat lalu sebagai taufan paling kuat melanda Texas dalam tempoh 50 tahun dan sudah meragut dua korban, setakat ini.

Jumlah kematian itu dijangka meningkat, ketika ribut mencetuskan air pasang dan puting beliung dengan beberapa wilayah dijangka menerima jumlah hujan setahun hanya dalam tempoh seminggu.

Ribut itu menyebabkan banjir sehingga ke paras dada di beberapa jalan di Houston, ketika sungai dan terusan melimpah ke tebing.

Perkhidmatan cuaca nasional berkata, lebih 64 sentimeter hujan turun di beberapa bahagian di bandar itu sehingga memaksa penduduk naik ke bumbung sementara ada yang berpindah ke pusat perlindungan kecemasan.- Reuters
Taufan Harvey Cetus Banjir Di Houston Taufan Harvey Cetus Banjir Di Houston Reviewed by uMieySurianie on August 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.