Seo Services

Zahid Harap Industri Basikal Lumba Diberi Galakan Insetif Cukai


PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap industri pemasangan basikal lumba di negara ini terus diberikan galakan dalam bentuk insentif cukai bagi merakyatkan kegiatan sukan berbasikal.

Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri, untuk merakyatkan sukan berbasikal, minat terhadap kegiatan itu perlu ditanam dalam semua lapisan rakyat dan tidak didakap oleh golongan yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh sahaja.

"Tetapi pada hemat saya, (usaha ini dapat direalisasikan) jika kerajaan dapat menggalakkan industri pemasangan supaya industri pemasangan lumba basikal dapat diberi insentif terutamanya dari segi cukai.

"Semasa pengumuman bajet, tolong ambil kira bahawa pemasangan basikal di syarikat-syarikat tempatan diberikan galakan cukai," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Laluan Jelajah Malaysia 2017, di sini hari ini.

Bajet 2018 dijadualkan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Okt nanti.

Ahmad Zahid yang juga Penaung Jelajah Malaysia turut berharapkan insentif serupa diberi kepada produk basikal import.

Sebanyak 20 pasukan lumba basikal akan menyertai perlumbaan edisi ke-53 itu yang akan diadakan dari 3 hingga 7 Okt , melibatkan laluan lima peringkat dengan jarak keseluruhan 679.9 kilometer.

"Sukan berbasikal ini juga perlu digalakkan bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta dan individu.

"Kita juga menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa agar lebih banyak pingat emas diperoleh,\" katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan tajaan kerajaan sebanyak RM500,000 untuk perlumbaan Jelajah Malaysia pada tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi Jelajah Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata daripada 20 pasukan yang mengesahkan penyertaan, 11 adalah pasukan antarabangsa antaranya dari Iran, Australia, Jepun, China, Thailand dan Indonesia.

Dua pasukan profesional negara, Terengganu Cycling Team dan Sapura Cycling Team turut menyertai edisi kali ini, katanya.

Kayuhan peringkat 1 dari Shah Alam ke Hutan Melintang merangkumi jarak 162.1 km; Lumut ke Kuala Kurau (peringkat 2/145.2 km); Kuala Kangsar ke Kulim ( peringkat 3/138.5 km); Kulim ke Gunung Jerai (peringkat 4/101.3km) dan peringkat loop Alor Setar (132.8km)

Terdahulu, kira-kira 1,000 peserta termasuk selebriti hiburan tempatan seperti Vanida Imran, Cat Farish, Betty Banafe dan Rashidi Ishak memeriahkan sesi ?Ride With Stars' yang diadakan di Marina Putrajaya, bagi menyemarakkan Jelajah Malaysia.

Kayuhan itu yang bermula 7.30 pagi melibatkan dua kategori iaitu ?VIP Ride' sejauh lima kilometer dan 'fun ride' sejauh 30 km, disertai warga kerja sektor kerajaan, korporat dan kelab berbasikal amatur serta penggiat sukan berbasikal.

-- BERNAMA
Zahid Harap Industri Basikal Lumba Diberi Galakan Insetif Cukai Zahid Harap Industri Basikal Lumba Diberi Galakan Insetif Cukai Reviewed by Unknown on August 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.