KEPUTUSAN peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumum Khamis depan (23 November).
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, seramai 443,798 calon menduduki UPSR di 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.
"Calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi hari yang sama.
"Mereka juga boleh membuat semakan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888," katanya hari ini.
Menurutnya, perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 23 November dan akan ditamatkan pada 6 petang, 29 November.-hmetro
Keputusan UPSR seminggu lagi
Reviewed by Unknown
on
November 16, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
November 16, 2017
Rating:

No comments: