MUKAH: Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai lebih RM 1 juta untuk pelaksaan lapan lapan projek di kawasan utara Pulau Bruit dekat sini telah diluluskan.
Memetik laporan laman Facebook Jiwa Bakti, dana berkenaan adalah diperuntukkan bagi melaksanakan lapan projek di tiga buah kampung.
Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol berkata, projek-projek berkenaan adalah pembinaan jalan dalam Kampung Betanak, naik taraf masjid Kampung Tekajong, baik pulih Pusat Aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tekajong, pembinaan padang simen serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bruit dan pembinaan pagar Masjid Kampung Bruit.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di kawasan DUN N.42 Semop semalam.
Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop berkata , lawatan kerja tersebut bertujuan memantau projek yang dilaksanakan di DUN Semop pada akhir 2017 dan meninjau projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan dalam tahun 2018 yang bernilai RM5 juta.
Tambahnya, pematauan secara berterusan amat penting bagi memastikan peruntukan tersebut digunakan sebaiknya untuk manfaat rakyat.
Dalam pada itu Abdullah juga menegaskan kepada semua ADUN Barisan Nasional (BN) agar mempunyai ‘score card’ bagi projek-projek yang dilaksanakan di bawah RTP dan MRP.
Meenurutnya, 'Score Card' berkenaan akan dipantau oleh Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri (SIMU) di bawah Jabatan Ketua Menteri.-Sarawakiana
8 Projek Bernilai Lebih RM1 Juta Di Pulau Bruit Diluluskan
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: