KUCHING: Tugas memerangi najis dadah bukan hanya menjadi tanggungjawab Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebaliknya setiap lapisan masyarakat perlu terlibat.
"Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan. Kita tidak boleh memerangi dadah seorang diri sebaliknya sesiapa sahaja perlu bersatu memeranginya (dadah) secara habis-habisan.
"Ia penting bagi memastikan masa depan belia hari ini lebih terjamin," katanya ketika menerima kunjungan Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh hari ini.
Menurutnya, langkah awal yang boleh diambil masyarakat dalam memerangi najis dadah dengan sentiasa menjaga dan memantau keluarga, jiran dan kampung masing-masing.
Fazzrudin juga percaya wakil rakyat lain turut sependapat dengan beliau yang mana kerjasama semua pihak penting dalam memerangi najis dadah.
"Jangan takut kepada pengedar dan penagih dadah...sepatutnya mereka yang patut takut kepada kita," ujarnya.-Sarawakiana
Bertindak Segera, Jangan Takut Dengan Pengedar & Penagih Dadah
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2018
Rating:

No comments: