Seo Services

DBKU Tawar Diskaun Tunggakan Kompaun Letak Kereta

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menawarkan diskaun antara 20 hingga 50 peratus untuk bayaran tunggakan kompaun letak kereta, mulai hari ini.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan itu berkata, tawaran berkenaan akan berakhir pada 25 Februari depan.

Katanya, mereka yang membayar tunggakan kompaun itu mulai hari ini hingga 11 Februari depan, akan menikmati diskaun 50 peratus.

"Bagi yang membayar antara 12 hingga 18 Februari pula, akan menikmati diskaun 30 peratus.

"Pembayaran antara 19 hingga 25 Februari ditawarkan diskaun 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka yang mahu merebut peluang tawaran diskaun itu boleh membuat pembayaran di kaunter Majlis Agenda DBKU di Square Tower, Tebingan Kuching mulai hari ini hingga Ahad ini.

"Bayaran juga boleh dibuat di Kaunter DBKU di Satok, Kaunter Bergerak DBKU dan Medan Niaga Satok pada setiap hujung minggu.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung tawaran istimewa ini boleh menghubungi Ainei Ramelan atau Teresa Punjab di Bahagian Pembangunan Perniagaan DBKU melalui talian 082 -416 975," katanya. - BHOnline
DBKU Tawar Diskaun Tunggakan Kompaun Letak Kereta DBKU Tawar Diskaun Tunggakan Kompaun Letak Kereta Reviewed by Azmin on January 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.