Seo Services

Farid Kamil Mohon Doa


KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya sejak dibebaskan daripada tahanan reman, pelakon Datuk Farid Kamil mengeluarkan kenyataan dengan memuat naik status menerusi akaun Instagramnya memohon orang ramai mendoakan beliau dapat menjalani dugaan yang sedang ditempuh.

“Assalamualaikum. Terima kasih atas iringan doa-doa daripada kalian. Semoga Allah akan terus merahmati kita semua. Insya-Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.

“Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin,” tulis Farid.

Status yang dimuat naik sekitar pukul 1.40 petang tadi menerusi akaun Instagramnya @faridkamilz berserta gambarnya memegang laporan polis mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang dilihat memberi sokongan kepadanya.

Namun, saat disoal sama ada pelakon itu membuat laporan polis seperti mana gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, adik Farid, Fadzil Zahari yang dihubungi Kosmo! tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Assalamualaikum, maaf ya, saya tidak dapat ulas apa-apa pasal ini,” kata Fadzil yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi. – K! ONLINE
Farid Kamil Mohon Doa Farid Kamil Mohon Doa Reviewed by Unknown on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.