BINTULU: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah pacuan empat roda (4WD) Kilometer 108, Jalan Tubau-Bintulu pagi semalam.
Dalam kejadian yang belaku sekitar jam 9.30 pagi sebuah kereta dinaiki tiga sekeluarga bertembung dengan sebuah 4WD yang datang dari arah bertentangan.
Impak perlanggaran tersebut telah meragut nyawa mangsa dikenali sebagai Jalemie Albanganda,28 yang telah disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala suami dan anak mangsa masing-masing berusia 38 dan tiga tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kecuaian pemandu 4WD terbabit kerana gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah hadapan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu turut mengesahkan kejadian tersebut berkata, mangsa berasal dari Rumah Nyawai, Nanga Kecil, Daro disahkan maut di tempat kejadian.
“Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan dan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Pemandu 4WD dan seorang penumpang di dalamnya juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk menjalani bedah siasat keatas mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
Isteri Maut Depan Mata Dalam Kemalangan Di Bintulu
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2018
Rating:

No comments: