Seo Services

Loji Penapis Minyak Meletup Di Taiwan



TAIPEI -- Sebuah loji penapis minyak syarikat petrokimia Taiwan meletup di bandar Taoyuan kira-kira pukul 6.42 pagi Isnin, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan.

Sebanyak 40 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dikawal. Setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut penduduk berhampiran, bunyi letupan besar kedengaran selama kira-kira sepuluh minit.

Siasatan awal jabatan bomba mendapati letupan berpunca daripada paip pecah dan siasatan lanjut masih dijalankan.- BERNAMA
Loji Penapis Minyak Meletup Di Taiwan Loji Penapis Minyak Meletup Di Taiwan Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.