Seo Services

Lokasi 'Tersembunyi' Sukarkan Rakyat Dapat Perkhidmatan



MIRI: Bangunan Klinik Kesihatan 1Malaysia yang 'tersembunyi' menyebabkan penduduk setempat di Senadin, di sini, tidak menyedari kewujudan perkhidmatan itu.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata masalah itu antara aduan paling banyak diterima Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu menggesa papan tanda tunjuk arah yang lebih jelas, besar dan strategik perlu diwujudkan di laluan utama untuk kemudahan orang awam.

"Jika boleh, ia perlu dipindahkan ke premis yang lebih mudah dilihat atau di laluan utama supaya dapat diketahui perkhidmatan ditawarkan, khususnya pemeriksaan dan rawatan kesihatan untuk penduduk setempat," katanya selepas meninjau Klinik Kesihatan 1Malaysia Cawangan Senadin, di sini, hari ini.

Kim Shin berkata, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan membabitkan pesakit luar, selain rawatan luka ringan dan penyakit lelah.

"Khidmat Klinik Kesihatan 1Malaysia akan terus dipantau untuk memastikan ia mencapai sasaran memberikan perkhidmatan yang dikehendaki rakyat di bandar.

"Setiap hari Klinik Kesihatan 1Malaysia di Senadin menerima sekitar 70 pesakit dalam satu masa. Ia mempunyai dua pembantu perubatan dan dua jururawat yang beroperasi jam 9 pagi hingga 9 malam," katanya.

Beliau berkata, bagi pesakit yang lebih serius, orang awam boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tudan yang terletak berhampiran.-BHOnline

Lokasi 'Tersembunyi' Sukarkan Rakyat Dapat Perkhidmatan Lokasi 'Tersembunyi' Sukarkan Rakyat Dapat Perkhidmatan Reviewed by Unknown on January 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.