BARIO: Masyarakat Kelabit di Bario bertuah apabila terpilih antara 14 penerima projek yang dijalankan di seluruh dunia oleh salah satu pengeluar kenderaan komersial terbesar global, Volvo Trucks.
Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson berkata, Bario yang terletak di kawasan tanah tinggi dan terletak pada kedudukan 1,000 meter dari paras laut di Sarawak telah menerima sumbangan sebanyak RM500,000 menerusi program tanggungjawab sosial korporat.
Menurut beliau, Malaysia juga menjadi salah satu daripada dua negara di Asia yang terpilih menerusi program 'seasonal gift' yang diumumkan pada Disember 2016.
"Sumbangan kita kepada masyarakat Kelabit di Bario difokuskan kepada usaha pembinaan sistem pencegahan kebakaran yang lengkap dengan sebuah tangki air dan lapan paip hos untuk penempatan rumah panjang Bario Asal Lembaa.
"Usaha kedua kita pula melibatkan pembinaan lima pondok bercirikan eko pelancongan dalam usaha mempromosi Bario sebagai satu destinasi pelancongan," katanya pada Majlis penyerahan rasmi projek Volvo Trucks di Rumah Panjang Bario Asal Lembaa dekat sini baru-baru ini.-kosmo
Malaysia Terpilih Antara 14 Negara Di Dunia Terima 'Seasonal Gift' Daripada Volvo Trucks
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2018
Rating:

No comments: