Seo Services

MARA Batalkan Kenaikan Kadar Bayar Balik Pinjaman


Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membatalkan rancangan untuk menaikkan kadar pembayaran balik pinjaman pendidikan dari RM100 kepada RM700.

“Sudah dibatalkan. Bayar seperti yang lama,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob dipetik sebuah portal.

Terdahulu, beliau berkata cadangan tersebut belum lagi diluluskan oleh Mesyuarat Majlis MARA.

“Tiada rombakan (kenaikan), kekal (pembayaran). Hanya cadangan di peringkat pegawai. Belum pun dibawa dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mara,” katanya lagi.

MARA turut menafikan kenaikan bayaran tersebut dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

“MARA menafikan dakwaan kenaikan mendadak bayaran balik pinjaman pelajaran Mara yang dikatakan meningkat dari RM100 ke RM700 sebagaimana yang tersebar di media sosial,” jelas Ismail.

Isu berkenaan tular di media sosial apabila aduan oleh seorang graduan yang meminjam dana pendidikan MARA dikongsi di Twitter oleh Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pelajar tersebut mengadu bahawa bahawa beliau perlu membayar pinjaman RM700 sebulan kepada MARA, lebih tinggi berbanding kadar RM100 seperti perjanjian asal.

Dalam kenyataan di media sosial hari ini, MARA turut menjelaskan bahawa pelajar perlu memohon untuk mengurangkan pembayaran pinjaman dengan melalui beberapa prosedur.

“Untuk makluman, seramai 3,514 orang pelajar yang baru tamat pengajian telah menerima jadual bayaran balik pinjaman sebelum diberi pengurangan, di mana pelajar perlu memohon untuk mendapat keistimewaan ini.

“Oleh yang demikian, jadual bayaran balik selepas pengurangan akan dikeluarkan setelah pelajar-pelajar memohon pengurangan bayaran balik dengan memuat naik transkrip secara atas talian melalui pautan e-Baki di portal MARA,” kenyataan itu dipetik.

MARA turut menegaskan bahawa agensi itu sentiasa berusaha meringankan bebanan bayaran balik pinjaman.

“Sebagai contoh, jumlah pembiayaan penuh bagi seorang pelajar perubatan adalah sebanyak RM1 juta dan selepas pengurangan, pelajar hanya perlu membayar balik sebanyak RM150,000 saja.

“Pinjaman pelajaran MARA merupakan pinjaman boleh ubah dan tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.-BNBBC
MARA Batalkan Kenaikan Kadar Bayar Balik Pinjaman MARA Batalkan Kenaikan Kadar Bayar Balik Pinjaman Reviewed by Unknown on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.