Seo Services

Messi Terus Ceriakan Barca

MADRID: Barcelona berjaya mengatasi kebimbangan terhadap aksi pertama Philippe Coutinho apabila Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma untuk membantu pendahulu La Liga yang bangkit dari ketinggalan satu gol menewaskan Alaves 2-1 dan kembali dengan kelebihan 11 mata di puncak liga.

Messi meledak sepakan percuma enam minit sebelum tamat perlawanan untuk menghukum Alaves, yang kini dua mata dari zon penyingkiran di tangga ke-17 meskipun John Guidetti membuat penyokong Camp Nou terdiam dengan gol pada minit ke-23.

Luis Suarez berjaya meleburkan kekentalan pasukan pelawat sengan sepakan voli hasil hantaran Andres Iniesta, 18 minit sebelum tamat perlawanan dan membuka ruang buat Messi meledak gol kemenangan.

Jaringan pemain Argentina itu memastikan Barca kekal tanpa kalah di liga berkenaan dan mendahului Atletico Madrid 11 mata biarpun mereka membelasah Las Palmas sebelum itu.

Jurulatih Barca, Ernesto Valverdes berkata beliau gembira dengan Coutinho yang memulakan aksi Piala Raja Sepanyol menentang Valencia di bangku simpanan sebelum membuat penampilan pada separuh masa kedua.

"Pemain bukannya mesin yang cepat menyesuaikan diri, seperti juga sebuah bahagian yang baru," kata Valverde.

"Dia bermain dengan baik, dia mahu mendapatkan bola. Ia langkah yang besar buatnya. Sebelum ini dia bermain 25 minit, kali ini lebih lama lagi, dia akan menyesuaikan diri sedikit demi sedikit." - AFP
Messi Terus Ceriakan Barca Messi Terus Ceriakan Barca Reviewed by Azmin on January 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.