Seo Services

Nassar dipenjara sehingga 175 tahun

Foto AFP
LANSING, Amerika Syarikat 25 Jan. - Bekas doktor gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar dijatuhi hukuman penjara 40 hingga 175 tahun, hari ini, selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas gadis-gadis remaja dengan menjadikan rawatan perubatan sebagai alasan untuk dia berbuat demikian.

“Saya baharu sahaja menandatangani hukuman anda. Anda tidak berhak untuk berjalan bebas di luar penjara lagi. Di mana sahaja anda pergi, ia hanya akan mendatangkan musibah,” kata Hakim Rosemarie Aquilina sewaktu menjatuhi hukuman selepas seminggu keterangan diberikan oleh 150 orang yang menjadi mangsa Nassar.

Hukuman itu dibacakan kepada Nassar, 54, di bilik mahkamah dekat Lansing, Michigan.

Beberapa minit sebelum hukuman dijatuhi, Nassar telah membuat permohonan maaf kepada mangsa-mangsanya termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Simone Biles, Aly Raisman, Gabby Douglas dan McKayla Maroney.

Nassar turut menujukan permohonan maafnya itu kepada atlet wanita di Universiti Michigan, tempat di mana dia bekerja.

“Apa yang saya alami kini tidak setara jika dibandingkan dengan kesakitan, trauma dan tekanan emosi yang anda semua rasakan. Tiada kata-kata bagi menjelaskan betapa saya amat menyesali terhadap apa yang telah berlaku,” kata Nassar sambil memandang wajah mangsa-mangsanya yang hadir di mahkamah.

Lebih daripada 150 wanita dan perempuan menuduh Nassar melakukan penderaan seksual selama dua dekad.

Wanita terakhir yang memberikan kenyataan ialah Rachael Denhollander, iaitu mangsa pertama yang membuat pendedahan kepada umum terhadap perbuatan Nassar dan turut membuat aduan polis. - AFP


Nassar dipenjara sehingga 175 tahun Nassar dipenjara sehingga 175 tahun Reviewed by Admin on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.