Seo Services

Nyaris Maut Selepas Rempuh Perhentian Bas Di Stabau


BETONG: Seorang lelaki nyaris maut setelah kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Stabau,Lubok Antu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi tadi, kereta yang dipandu lelaki yang berusia 28 tahun hilang kawalan lalu merempuh perhentian bas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

“Sebelum tiba anggota bertugas dilokasi kejadian pemandu yang didapati tersepit telah dikeluarkan oleh anggota pasukan bomba sukarela (PBS) dibantu orang awam.” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.-Sarawakiana
Nyaris Maut Selepas Rempuh Perhentian Bas Di Stabau Nyaris Maut Selepas Rempuh Perhentian Bas Di Stabau Reviewed by Unknown on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.