Seo Services

Pakistan serampang dua mata: Rumah Putih


WASHINGTON/ISLAMABAD: Amerika Syarikat menuduh Pakistan bermain 'serampang dua mata' dalam memerangi pengganas dan memberi amaran Islamabad perlu berusaha keras jika mahu bantuan dikekalkan.

"Mereka boleh berusaha lebih keras dalam usaha menghentikan pengganas dan kami mahu mereka melakukannya," kata jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders kepada wartawan.

Rumah Putih mengesahkan kemungkinan akan mengumumkan tindakan menekan Pakistan dalam beberapa hari, sejurus selepas Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengesahkan Washington menahan dana bantuan AS$255 juta (RM1.26 bilion) kepada negara itu.

"Terdapat alasan jelas tindakan ini. Pakistan bermain serampang dua mata bertahun-tahun lamanya.

"Mereka bekerjasama dengan kami dan pada masa sama mereka juga membantu pengganas yang menyerang kami di Afghanistan," kata Haley.

Katanya, pentadbiran Washington tidak dapat menerima permainan sedemikian dan mengharapkan kerjasama lebih serius dari Pakistan dalam memerangi keganasan.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Donald Trump melepaskan kemarahan melalui Twitter dengan mengatakan Pakistan berbohong dan menipu sepanjang 15 tahun negara itu menyalurkan dana berjumlah AS$33 bilion (RM133 bilion). - Reuters
Pakistan serampang dua mata: Rumah Putih Pakistan serampang dua mata: Rumah Putih Reviewed by Azmin on January 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.