PETALING JAYA: Video seorang lelaki dan budak kecil melintas sisi jambatan yang rosak tular di media sosial.
Setakat berita ini ditulis, video yang dimuatnaik oleh Siti Zaharah sudah ditonton 826,000 kali dan dikongsi 24,000 kali dalam tempoh masa 3 jam.
“Anak emak bersemangat dah nak ke sekolah tapi kena harungi jambatan yang canggih ini. Dah setahun tak ada perubahan langsung. Jambatan gantung di Pamah Aur, Bukit Betong, Kuala Lipis,” kata kapsyen video itu.
Siti kemudiannya memuatnaik status baharu di Facebook mengatakan Adun Jelai Wan Rosdy Wan Ismail bertemu beliau dan suami dan menjelaskan status jambatan itu dan jambatan baharu yang akan dibina pada 8 Januari ini.
Siti berterima kasih kepada wakil rakyat itu dan memohon maaf kepada Wan Rosdy kerana memuatnaik video itu.
Dalam satu lagi video yang dimuatnaik di Facebook “Friends of PDRM”, Wan Rosdy berkata video itu sebenarnya “salah faham”.
“Sebab ada laluan alternatif tapi sebab banjir jadi jalan tersebut tidak boleh dilalui. Kita juga ada sediakan bot JKKK sebagai pilihan tapi takpalah ini mungkin semangat ibu nak hantar anak ke sekolah…saya tidak tahulah apa sebenarnya…tapi perkara ini dapat diselesaikan.”
Beliau berkata jambatan baharu sudah dirancang namun tertakluk kepada keadaan cuaca.
“Saya ucapkan terima kasih kerana dapat berbincang seperti keluarga dan saya menasihatkan saudara Jalil (suami) untuk utamakan keselamatan.”
Pengguna media sosial marah menonton video lelaki dan kanak-kanak kecil melintas sisi jambatan berbahaya itu, mendesak kerajaan bertindak segera sebelum jambatan itu meragut nyawa dan ada yang mengkritik tindakan ibu bapa menggunakan jambatan berbahaya itu. - FMT
Pasangan minta maaf kepada BN kerana video jambatan rosak
Reviewed by Admin
on
January 02, 2018
Rating:
No comments: