ASTANA - KAZAKHSTAN. Seorang pelajar jurusan undang-undang di universiti tempatan negara itu dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas terkena gigitan fros di kedua-dua pahanya.
Media antarabangsa melaporkan ia berpunca daripada tindakan wanita terbabit yang keluar bersiar-siar dengan mengenakan skirt mini ketika suhu di luar mencecah 40 darjah Celsius di bawah paras beku.
Ketika keluar, pelajar semester akhir yang tidak dinamakan itu turut menyarungkan sepasang seluar ketat kononnya pakaian itu mampu melindunginya daripada kesan cuaca sejuk ekstrem tersebut.
Namun, seluar ketat dengan material nipis itu tidak mampu melindungi kakinya daripada kesan gigitan fros, sekali gus membuatkan kedua-dua belah pahanya menjadi kemerahan.
Jurucakap hospital mengesahkan wanita itu mengalami gigitan fros tahap dua.
Dia dibenarkan pulang, bagaimanapun perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan. - SH
Paha 'Dimamah' Fros Selepas Bermini Skirt Dibawah Suhu -40c
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:

No comments: