Seo Services

Pelancong Jepun menang Lamborghini RM1.3j



KUALA LUMPUR: Tuah buat pelancong Jepun ke negara ini, Riyo Kawakami, 41, apabila terpilih membawa pulang hadiah utama 'supercar' Lamborghini Huracan Spyder bernilai lebih RM1.3 juta pada Kempen Belanjawan Ulang Tahun ke-25, "Spend & Win", di sini, malam ini.

Kempen membeli-belah anjuran Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dilancarkan sejak Mei tahun lalu, turut menawarkan hadiah lain berupa pakej pelancongan ke London dan Paris yang keseluruhan hadiah bernilai lebih RM2.5 juta.

Pelancong tempatan, Sharifah Shazree dan Louis Andaikalam memenangi pakej ke London manakala Danial Kong membolot pakej pelancongan ke Paris.

Pelancong Singapura, Goh Siew Lee juga menerima pakej percutian ke Paris.

Kempen membeli-belah itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelancong untuk menyokong tawaran runcit di lima lapangan terbang antarabangsa di negara ini yang dikendalikan MAHB.

Ia adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali, berkata untuk layak menyertai pertandingan itu, pelancong perlu membuat pembelian minimum RM250 di mana-mana lapangan terbang berkenaan.

"Peserta yang layak memenangi pelbagai hadiah termasuk hadiah utama Lamborghini Huracan Spyder, empat hadiah pertama perjalanan ke London dan Paris yang ditanggung semua perbelanjaan.

"Turut ditawarkan adalah hadiah bulanan iaitu tiket penerbangan ke 25 destinasi paling menarik di dunia," katanya.

Menurut beliau, KLIA adalah salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia dan MAHB menyasarkan untuk memberi pengalaman menggembirakan kepada pengunjung.

"Dengan pertumbuhan trafik yang ketara pada 2017 daripada 8.5 peratus kepada 96 juta penumpang di semua lapangan terbang kami, ia menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 24 peratus berbanding 2016.

"Kempen Belanjawan Ulang Tahun ke-25 ini juga menerima sambutan menggalakkan dengan jualan purata sebanyak RM4.5 juta setiap minggu untuk pertandingan keseluruhan jualan bernilai RM136 juta," katanya.

Penaja utama kempen ini termasuklah Mastercard sebagai kad rasmi untuk kempen membeli-belah, Malaysia Airlines, Malindo Air dan AirAsia.

Sementara itu, Pengurus Mastercard Malaysia dan Brunei, Perry Ong berkata, pihaknya komited untuk meneruskan perkongsian dengan Malaysia Airports untuk mempromosikan kaedah pembayaran yang mudah, selamat dan bijak.

Pelancong Jepun menang Lamborghini RM1.3j Pelancong Jepun menang Lamborghini RM1.3j Reviewed by Unknown on January 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.