Seo Services

Pemuda PBB Penyumbang Kemenangan Besar BN - Fadillah



MIRI: Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini telah menyumbang kepada kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, malah jentera Pemuda PBB akan terus membantu untuk memastikan BN memperolehi kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Pada PRU13, kita telah membentuk kerajaan persekutuan sehingga PBB menjadi parti kedua terbesar dalam Parlimen.

“Perjuangan Pemuda, Wanita dan Bapa akan diteruskan bagi membantu BN menang besar sekali lagi pada PRU14, bahkan kita akan mempunyai wakil dari Sarawak dalam membuat dasar kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, perkara sedemikian tidak mudah tanpa sokongan padu majoriti rakyat Sarawak yang selama ini berdiri teguh di belakang BN.

Sehubungan itu, Fadillah menegaskan semua jentera Pemuda, Wanita dan Bapa diingatkan terus bersatu bagi memastikan BN Sarawak menyumbang kerusi yang banyak di Parlimen.

Beliau turut mengingatkan ahli PBB agar terus bersatu hati dan mengutamakan kepentingan rakyat dan parti menjelang Persidangan Perwakilan Tritahunan PBB bulan depan.

“PBB adalah parti contoh, tersusun dan teratur kerana kita dapat bermesyuarat tanpa seberang perpecahan dan pertelagahan berbanding parti lain.

“Paling utama kita meletakkan kepentingan dan sumbangan kepada parti, rakyat dan negeri di hadapan kita dan bukannya merebut jawatan dalam pemilihan,” jelasnya. – Sarawakiana
Pemuda PBB Penyumbang Kemenangan Besar BN - Fadillah  Pemuda PBB Penyumbang Kemenangan Besar BN - Fadillah Reviewed by uMieySurianie on January 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.