Penyanyi Utama The Cranberries Disemadikan

Seo Services
BALLYBRICKEN: Mendiang penyanyi utama kumpulan The Cranberries, Dolores O'Riordan selamat disemadikan dalam satu upacara pengebumian di kampung halamannya di sini, hari ini.

Keunikan suara O'Riordan, 46, banyak membantu melonjak kemasyhuran The Cranberries pada awal 1990-an dan beliau ditemui mati di sebuah hotel di London, minggu lalu ketika menghadiri sesi rakaman menjelang siri jelajah kumpulan itu.

Setakat ini, punca kematian O'Riordan masih belum didedahkan.

Selain ibu dan tiga anaknya, pengebumian turut dihadiri tiga lagi anggota kumpulan terbabit, iaitu Noel Hogan, Mike Hogan serta Fergal Lawler.

Upacara diadakan di Gereja Saint Ailbe di bandar kecil Limerick, di sini yang terletak di barat daya Ireland.

"Tiada kata-kata sesuai yang mampu menggambarkan Dolores atau dengan lebih tepat bagi menyatakan kebaikannya selama ini.

"Jumlah yang beliau selamatkan daripada kemelut kemurungan juga sukar dibilang," kata rakan keluarganya, Canon Liam McNamara yang kali pertama bertemu O'Riordan ketika mendiang masih remaja.

Sementara itu, jalan raya di sekitar Ballybricken diterangi cahaya lilin sejak semalam, ketika keranda yang membawa mayat O'Riordan diarak ke Gereja Saint Ailbe. - Reuters
Penyanyi Utama The Cranberries Disemadikan Penyanyi Utama The Cranberries Disemadikan Reviewed by Azmin on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.