KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dalam masa dua tahun akan datang Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan memainkan peranan besar dalam industri minyak dan gas di negeri ini.
“Walaupun masih berada pada peringkat rundingan, dalam jangkamasa dua tahun akan datang saya yakin PETROS akan menjadi pemain utama dalam industry minyak dan gas Sarawak,” katanya ketika merasmikan upacara E6 Load Out Ceremony di sini, hari ini.
Tambahnya, Sarawak mempunyai kemampuan tersendiri melalui penglibatan ramai rakyat Sarawak yang sudah mempunyai pengalaman melalui penglibatan dalam syarikat Petronas dan Shell selama ini.
Katanya, PETROS bersama vendor dan kemampuan kontraktor sedia ada akan meneroka apa sahaja simpanan bahan hidrokarbon yang terdapat di Sarawak.
Hari ini, penggunaan teknologi terkini serta teknik terbaru membolehkan kita meneroka seberapa banyak simpanan hidrokarbon yang kita miliki.
“Kini, proses penggerudian dan perolehan data sudah dapat secara elektronik.
“Data yang diperolehi akan dirujuk kepada profil hidrokarbon dan disimpan dalam ‘The Big Data’.
“Akhirnya data tersebut akan disimulasikan menggunakan teknologi virtual reality (VR) bagi mencerminkan keadaan sebenar simpanan hidrokarbon yang kita miliki,” jelas beliau. - Sarawakiana
PETROS Bakal Jadi Pemain Utama Industri Minyak & Gas Sarawak
Reviewed by Azmin
on
January 24, 2018
Rating:

No comments: