![]() |
Gambar Hiasan |
KUCHING: Sebuah sekolah di Mukah ditutup hari ini selepas air naik sehingga tiga kaki.
Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan, keadaan tersebut menyebabkan tiada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenyana hadir manakala staf juga tidak berada di kawasan sekolah.
Guru sekolah terbabit turut mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas tuisyen untuk murid tahun enam.
"Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melaporkan terdapat sebuah tidak beroperasi (ditutup) dan tiada sekolah dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," jelas kenyataan tersebut.-Sarawakiana
Sekolah Di Mukah Ditutup Akibat Banjir
Reviewed by Unknown
on
January 24, 2018
Rating:

No comments: