KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen ke-13 tahun 2018 dijadualkan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April, demikian menurut seorang wakil rakyat.
Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen hari ini.
Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.
Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. – BERNAMA
Sidang Parlimen Terakhir Sebelum PRU14 Mula 5 Mac
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 15, 2018
Rating:

No comments: