KABUL - AFGHANISTAN. Pejuang Taliban didakwa tidak berperikemanusiaan kerana menyembunyikan bom pada bayi berusia empat bulan sebagai sebahagian daripada plot untuk melancarkan serangan ganas di sebuah bandar di Afghanistan.
Kabul Times melaporkan bahan letupan itu dimasukkan dalam pakaian bayi terbabit ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Kunduz.
"Pihak berkuasa memberkas lima individu termasuk seorang wanita ketika mereka cuba memasuki bandar di utara Afghanistan itu. Bom terbabit disorokkan dengan cermat pada bayi tersebut," menurut laporan itu lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia Afghanistan, Sowita Abulrahizai menyifatkan tindakan menggunakan kanak-kanak dalam konflik bersenjata adalah satu tindakan paling kejam kerana perbuatan itu secara mutlak dilarang dalam Islam dan undang-undang.
Difahamkan, insiden itu berlaku selepas enam budak dilaporkan terbunuh dalam insiden pertempuran di bandar Ghazni, semalam.
Data terbaharu PBB menunjukkan keganasan di negara itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,640 orang awam terbunuh manakala 5,379 cedera antara Januari dan September.
Konflik bersenjata turut meragut sekurang-kurangnya 689 nyawa kanak-kanak manakala 1,791 cedera sepanjang tempoh itu.- Daily Mail
Sorok Bom Dalam Baju Bayi
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2018
Rating:
No comments: