Lima anggota polis Thailand dan seorang pegawai agensi pemerdagangan manusia disiasat kerana didakwa menerima rasuah, termasuk perkhidmatan percuma daripada sebuah pusat urut yang dituduh menggunakan pekerja seks bawah umur.
Polis menyerbu pusat urut itu, ‘Victoria Secret' Bangkok minggu lalu, kerana menawarkan khidmat seks. Pelacuran diharamkan di Thailand namun ia boleh didapati di mana-mana.
Mereka menemui lebih 100 pekerja seks dari Thailand, Myanmar, Laos dan China dengan sekurang-kurangnya tiga wanita berusia bawah 18 tahun dipaksa berkerja.
Buku akaun yang ditemui tercatat nama lebih 20 kakitangan kerajaan yang mendapat makanan dan minuman keras percuma serta khidmat urut, termasuk seorang superintendan polis.
Seorang pegawai agensi pemerdagangan manusia dan pegawai jabatan cukai juga termasuk dalam senarai sedang disiasat polis.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Kongrob Kratumnat, mengesahkan dokumen yang ditemui adalah tulen dan polis sedang memeriksa komputer yang dirampas.
Pusat urut itu juga dipercayai ada kaitan dengan sindiket pembekal wanita dari negara Asia Tenggara sebagai pekerja seks ke Malaysia.-AFP
Thailand Siasat Polis Lindungi Pusat Urut
Reviewed by Unknown
on
January 16, 2018
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 16, 2018
Rating:

No comments: