Seo Services

Trump layari Twitter dari atas katil



LONDON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan bahawa beliau kadang kala melayari media sosial Twitter ketika berada di atas katil.

Ditanya sama ada melayari Twitter dari atas katil. beliau berkata, aktiviti media sosial itu dilakukan ketika sedang bersarapan, menikmati makan tengah hari atau pada waktu-waktu lain.

"Secara am, saya melayari Twitter pada awal pagi atau pada waktu malam...saya amat sibuk pada waktu siang," katanya.

Dalam wawancara bersama rangkaian televisyen ITV itu, Trump turut mengakui beliau amat terkenal di United Kingdom.

Ketika mengulas mengenai kritikan dari beberapa wanita pula Trump berkata, beliau sentiasa menyokong golongan itu dan senario itu diketahui ramai wanita.

Beliau menambah, golongan berkenaan menyukai sokongan yang diberikan dari aspek ketenteraan kerana mahukan persekitaran yang selamat untuk didiami.

Trump berkata, beliau memiliki rasa hormat yang sangat tinggi terhadap golongan wanita tetapi pada masa sama, menafikan dirinya seorang feminis. - Reuters

Trump layari Twitter dari atas katil Trump layari Twitter dari atas katil Reviewed by Unknown on January 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.