Tujuh Bulan Hanyut Ditemani Kucing

Seo Services

PARIS - Pelayar warga Poland hanyut selama tujuh bulan di Lautan Hindi dan hanya ditemani kucingnya sebelum diselamatkan pengawal pantai Perancis di kawasan berhampiran Pulau Reunion pada Hari Natal lalu.

Zbigniew Rekat, 54, mendakwa dia bertahan untuk terus hidup sepanjang tempoh itu dengan mengambil sepaket sup cina pada setiap hari selain menangkap ikan.

Menurut Rekat, destinasi asalnya selepas meninggalkan Pulau Komoro di luar pantai Mozambique pada Mei lalu adalah Afrika Selatan.

"Bot kami dipukul ombak besar hingga menyebabkan hubungan terputus berikutan alat komunikasi rosak. Kami hanyut menuju ke pantai Somalia kemudian ke Maldives dan kembali ke Indonesia. Saya dapat melihat daratan beberapa kali dan," katanya yang turut mengubah suai kapal layarnya.

Rekat melalui pengembaraan sejauh lebih 2,000 kilometer dan merentasi Terusan Mozambique, laluan sibuk perkapalan yang mempunyai arus kuat.

"Pelayaran saya bermula pada 2014 apabila saya mengembara ke India dari Amerika Syarikat dan membeli bot dengan hasrat untuk belayar semula ke Poland," jelasnya lagi. - Daily Mail
Tujuh Bulan Hanyut Ditemani Kucing Tujuh Bulan Hanyut Ditemani Kucing Reviewed by Unknown on January 02, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.