![]() |
Foto: Kosmo |
KUCHING - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap dua pemain bola sepak Sarawak dan seorang bookie bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan dalam aksi Liga Premier 2018 minggu lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng terhadap tertuduh iaitu pemain pertahanan, Maswandi Zakaria, 29, dan pemain tengah Mohd. Hafiz Abu Bakar, 28, bersama bookie, Mohamad Zaiman Rosli sehingga 21 Februari depan.
Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Permohonan reman dibuat Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi, manakala ketiga-tiga suspek tidak diwakili peguam. - K! ONLINE
Dua Pemain Bola Sepak Sarawak Dan Seorang Bookie Direman Enam Hari
Reviewed by uMieySurianie
on
February 15, 2018
Rating:

No comments: