Identiti wanita yang ditemui mati dalam keadaan tubuhnya separuh terbakar berhampiran sebuah bangunan terbengkalai di Sungai Jernih, Isnin lalu sudah dikenal pasti.
Identiti mangsa yang berusia 40-an itu, disahkan oleh ahli keluarganya sebaik proses pengecaman di dilakukan di Hospital Kajang, pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, keluarganya memaklumkan mangsa mempunyai masalah mental dan pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri sebelum ini.
“Ahli keluarga mangsa melaporkan mangsa sebelum ini pernah mengelar dirinya sendiri dengan pisau dan memberitahu mahu membunuh diri.
"Walau bagaimanapun mangsa yang mempunyai masalah mental itu sempat diselamatkan oleh ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, mayat mangsa yang disangka patung ditemui oleh seorang kontraktor berhampiran bangunan terbengkalai di sebelah Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Jernih.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan terbakar tubuhnya 40 peratus.
Selain itu, semasa pemeriksaan awal di lokasi kejadian menemui satu botol plastik dipercayai mengandungi minyak selain cebisan pakaian terbakar di tingkat 15 bangunan terbengkalai itu.
Pihak polis turut memaklumkan menemui pisau dan pemetik api berhampiran mayat wanita berkenaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-myMetro
'Patung' Itu Pesakit Mental
Reviewed by Unknown
on
February 08, 2018
Rating:

No comments: