KUCHING – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan mengadakan program pemvaksinan anti rabies secara besar-besaran di dua lokasi di Kuching pada Sabtu ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata program yang sama akan diadakan di Miri pada Ahad manakala di Sibu pada Rabu (14 Feb) depan.
Beliau berkata dua lokasi di Kuching ialah Dewan Persatuan Masyarakat Kawasan Penempatan Semula Stampin, Lorong 17A, Stutong serta Dewan Serbaguna SUPP Tupong, Batu 8, Sungai Tengah, Jalan Matang, dan masing-masing satu Dewan Suarah Miri serta Dewan Serbaguna, Selangau dekat Sibu.
“Di Kuching program akan diadakan bermula 9 pagi hingga 2 petang, di Dewan Suarah Miri program bermula 9 pagi hingga 2 petang manakala di Dewan Serbaguna, Selangau dekat Sibu program bermula 9 pagi hingga 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu pemilik haiwan diminta untuk membawa semua anjing yang masih belum divaksin untuk mendapat suntikan tersebut. – BERNAMA
Pemvaksinan Anti Rabies Secara Besar-Besaran
Reviewed by uMieySurianie
on
February 07, 2018
Rating:
No comments: