Seo Services

Polis Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kes Bunuh Di Belaga


BELAGA: Pemangku Ketua Polis Daerah Belaga ASP Mohd Sani Junid menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes seorang pekerja ladang kelapa sawit di Ladang Penyuan 2 Estate dekat sini kelmarin.

Dalam laporan yang disiarkan akhbar tempatan semalam, sebuah ladang kelapa sawit iaitu Ladang Penyuan 2 Estate yang telah digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai dibunuh berikutan terdapat kesan-kesan tetakan pada bahagian leher dan punggung.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan ke atas mangsa mendapati mangsa telah diserang dari bahagian belakang.

Siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian turut menemui sebilah tombak sawit pada jarak kira-kira tiga meter dari mayat mangsa.

Bagaimanapun siasatan terperinci akan terus dijalankan dan bagi mengetahui punca sebenar dan motif kejadian berlaku.

Oleh yang demikian, piihaknya kini sedang giat memburu suspek utama yang terlibat dalam kes berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diharap boleh menghubungi IPD Belaga di talian 086-461318 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Sandes Edwin Umpang di talian 013-3900775.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Sarawakiana
Polis Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kes Bunuh Di Belaga Polis Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kes Bunuh Di Belaga Reviewed by Unknown on February 21, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.