GOMBAK - Polis sudah mengenal pasti identiti dua individu yang disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon, Sofi Jikan seperti yang didakwa oleh pelakon dan pengarah filem popular, Datuk Farid Kamil Zahari baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, buat masa ini, hanya Mohamad Shoffi Jikan, 48, ataupun lebih dikenali sebagai Sofi Jikan, tampil untuk memberi keterangan.
“Kami sudah mengenal pasti identiti dua lagi individu yang dimaklumkan oleh Farid Kamil dan setakat ini, mereka masih belum tampil lagi untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan berkenaan.
“Saya tidak boleh mendedahkan identiti dua individu tersebut kerana kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar kejayaan JSJN Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.
Terdahulu, Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam semalam selepas beliau hadir memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil pada 31 Januari lalu.
Beliau direman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE
Polis Sudah Kenal Pasti Identiti Dua Individu Selepas Sofi Jikan
Reviewed by Unknown
on
February 07, 2018
Rating:

No comments: