KLANG - Seorang lelaki OKU fizikal bakal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan membunuh rakan baiknya, awal bulan ini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Tan Pang Boon, 50.
Dia didakwa membunuh Lim Boon Ann,55, di sebuah rumah di Jalan Arang, Pandamaran dekat sini jam 6 petang pada 3 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Abdul Aziz mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang hanya memperuntukkan hukuman mati.
Majistret, Nor Asma Ahmad menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa ditemui rebah oleh jiran sebelum dihantar ke hospital.
Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang sering mengejeknya kerana dia kudung kaki sebelah kanan.
Kedua-dua lelaki terbabit kawan rapat dan hampir setiap petang suspek akan ke rumah mangsa. - SinarHarian
Sering Diejek, OKU Didakwa Bunuh Rakan Baik
Reviewed by Unknown
on
February 15, 2018
Rating:

No comments: