Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersedia mengerahkan 10,000 ahlinya untuk menghalang BERSIH daripada mengadakan bantahan persempadanan semula pilihan raya di Dewan Rakyat, Rabu ini.
Menurutnya, protes itu didakwa adalah tindakan terancang oleh kumpulan kuning yang bertujuan membuat huru hara keadaan.
“Baju Merah tidak teragak-agak mengumpulkan 5,000 hingga 10,000 orang hari Rabu ini di hadapan Parlimen. Jika Baju Kuning tak ada, Baju Merah tak ada pada hari tersebut.
“Kami akan pantau dan jika ada kumpulan gerakan Baju Kuning, kami akan terus berhimpun sekitar parlimen,” kata beliau di Ibu Pejabat Gerakan Baju Merah, Ampang, Selangor hari ini.
Sabtu lalu, BERSIH menggesa orang ramai turutn padang bagi menyuarakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula yang dijadualkan dibentang pada Rabu ini.
Pada masa sama, gabungan NGO itu dilaporkan mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Tambah Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, BERSIH tidak wajar membuat bantahan memandangkan kehadiran wakil rakyat pembangkang di parlimen semasa sesi pembentangan berkenaan.
“Biarlah ahli parlimen kita yang bersidang.
“Campur tangan BERSIH hanya provokasi melampau untuk semarak kebencian melampau kepada kerajaan,” katanya.-BNBBC
Baju Merah Muncul Jika Baju Kuning Protes - Jamal Yunos
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2018
Rating:

No comments: