Seo Services

Bantu Rakyat Miskin


SANDAKAN: Keluh-kesah rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang sukar menjelaskan bayaran sewa bulanan bagi kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini, akhirnya mendapat perhatian kerajaan apabila kadar sewaan tersebut akan dikurangkan.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, kadar sewa bulanan yang terbaharu akan ditetapkan RM170 berbanding RM220 hingga RM245 sebelum ini.

Beliau berkata, penurunan kadar sewa di PPM Taman Muhibbah, PPR Taman Harmoni dan PPR Taman Batu Sapi itu diharap dapat menyelesaikan segala ke sukaran penghuninya yang terbeban selama ini.

“Ini adalah cara kita untuk membantu meringankan beban rakyat di luar bandar. Saya tahu mereka senang hati kerana ada rumah PPR ini dan penurunan kadar sewa yang diumumkan pastinya akan meringankan lagi beban mereka.

“Di pihak kerajaan, kita telah melakukan tugas dan selepas ini saya mahu penduduk menjalankan tanggungjawab mereka pula dengan menjaga perumahan ini dengan baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di PPR Taman Muhibbah, di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Faridah Tussin; Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk James Wong dan Ketua Polis daerah, Mohd. Azhar Hamin.

Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga berkata, inisiatif itu jelas membuktikan kerajaan sentiasa peka untuk mendengar apa jua rintihan rakyat bagi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat akan terus memberi kerjasama kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang di pimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana masih banyak dasar-dasar yang ingin dilaksanakan untuk rakyat.

“Semasa mula-mula saya mahu menjadi wakil rakyat, saya melihat banyak kekurangan daripada segi pembangunan dan akan membangunkan pelbagai kemudahan untuk memajukan penduduk di kawasan ini.

“Selepas itu saya berjanji kepada penduduk kawasan ini untuk menaiktaraf jalan raya, rumah ibadat, masjid serta membangunkan PPR dan sekarang sudah kelihatan banyak yang telah diba­ngunkan,” katanya.- Utusan Online
Bantu Rakyat Miskin Bantu Rakyat Miskin Reviewed by uMieySurianie on March 20, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.