Seo Services

Cedera dilibas batang paip



PENAMPANG: Seorang lelaki cedera di kepala dan telinga kanan selepas dilibas dengan batang paip dan kerusi oleh dua rakannya di Kampung Penampang Proper di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 30-an dipercayai dipukul akibat hutang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata ketika kejadian mangsa sedang membersihkan kereta miliknya yang diletakkan di bahagian bawah rumah sebelum didatangi dua lelaki yang dikenalinya.

"Salah seorang suspek kemudian menghampiri mangsa sambil memegang batang besi berukuran satu meter dan bertanya berapa jumlah hutangnya yang masih belum dijelaskan kepada mangsa.

"Belum sempat mangsa menjawab, suspek memukul menggunakan batang paip di bahagian telinga kanan dan bahagian kanan kepala mangsa, selain dipukul menggunakan kerusi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Haris berkata, mangsa yang cedera kemudian pergi ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Siasatan mendapati mangsa mengenali suspek hampir 10 tahun dan mengesyaki punca kejadian disebabkan hutang. Polis masih mengumpul maklumat dan risikan daripada mangsa bagi mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.-BHOnline
Cedera dilibas batang paip Cedera dilibas batang paip Reviewed by Unknown on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.