Seo Services

Dibunuh Ayah Ketika Tidur


Anggota tentera udara Amerika Syarikat (AS) menembak mati isteri dan dua anaknya yang masih kecil ketika mereka tidur sebelum membunuh diri.

Pejabat Syerif Dareah Pierce berkata, dalam kejadian di Spanaway itu, lelaki terbabit Clint Field, 29, menghubungi polis mengaku membunuh keluarganya yang dikenal pasti sebagai Samantha, 33, dan dua anaknya Ava, 4, serta Ashen, 2.

Jurucakap syerif, Ed Troyer dipetik stesen televisyen KOMO berkata, Field pernah membayangkan keinginan membunuh diri, selain dia dan Samantha bakal bercerai.

“Kami tidak pernah dipanggil menyiasat kejadian keganasan rumah tangga di sini,” katanya.

Sementara itu, portal berita tempatan King5.com memetik sumber tentera berkata: “Suspek mungkin mendapat rawatan berkaitan kemurungan dan sejak kebelakangan ini tertekan kerana bakal bercerai.”-Agensi
Dibunuh Ayah Ketika Tidur Dibunuh Ayah Ketika Tidur Reviewed by Unknown on March 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.