Seo Services

Harga minyak jatuh



SINGAPURA: Harga minyak jatuh hari ini berikutan peningkatan aktiviti penggalian di Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan peningkatan selanjutnya dalam pengeluaran, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$62.02 setong pada 0145 GMT, jatuh 32 cents atau 0.5 peratus berbanding penutup sebelum ini.

Kontrak niaga hadapan minyak mentah, Brent berada pada paras AS$65.87 setong, jatuh 34 cents atau 0.5 peratus.

Berdasarkan bekalan berbanding permintaan, pasaran minyak global berdepan risiko lebihan bekalan berlaku semula selepas menyusut sedikit tahun lalu.

Syarikat penggali minyak AS menambah empat pelantar minyak bagi minggu berakhir 16 Mac, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 800, demikian mengikut laporan penggalian mingguan Baker Hughes hari ini.

Jumlah pelantar AS, petunjuk awal bagi pengeluaran masa depan, adalah lebih tinggi berbanding setahun lalu apabila 631 pelantar aktif berikutan syarikat tenaga terus meningkatkan perbelanjaan sejak pertengahan 2016 apabila harga minyak mentah mula pulih daripada kejatuhan dalam dua tahun.

Berikutan peningkatan aktiviti penggalian, pengeluaran minyak AS meningkat lebih satu perlima sejak pertengahan 2016 kepada 10.38 juta tong sehari (bpd), mendorongnya untuk mengalahkan pengeksport utama, Arab Saudi.

Hanya Russia menghasilkan lebih banyak, sekitar 11 juta tong sehari, walaupun output AS dijangka akan mengatasi Russia akhir tahun ini.

Peningkatan pengeluaran AS, serta peningkatan pengeluaran di Kanada dan Brazil, telah menjejaskan usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi membendung bekalan dan meningkatkan harga. - Reuters-

Harga minyak jatuh Harga minyak jatuh Reviewed by Unknown on March 19, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.