Seo Services

JPJ bantu penunggang motosikal peroleh lesen



KOTA KINABALU: Tiada lesen memandu antara kesalahan paling banyak dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini.

Pengarah JPJ Sabah, Sadim Abdul, berkata daripada jumlah pemandu atau penunggang motosikal yang menjelaskan saman kepada agensi itu, 50 peratus daripadanya adalah berkaitan kesalahan tiada lesen memandu.

"Kita dapati kebanyakan kesalahan membabitkan pemandu dan penunggang motosikal di negeri ini adalah berkaitan tiada lesen. Ini antara saman paling banyak dikesan.

"Disebabkan itu, JPJ turut mengadakan program Satu Komuniti Satu JPJ dengan membabitkan pemimpin seperti wakil rakyat di sesebuah daerah bertujuan memudahkan penunggang motosikal di luar bandar memperoleh lesen.

"Kita dapati orang muda mahir menunggang motosikal tetapi tiada lesen. Justeru, menerusi program seperti ini, kita sendiri turun padang untuk memberi lesen kepada penunggang motosikal selepas menjalani ujian dengan bayaran hanya RM200," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Hari Karnival Mesra Rakyat Jom JPJ Peringkat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Sadim berkata, sekurang-kurangnya 500 penunggang motosikal bakal memperoleh lesen menerusi program berkenaan.

"Menerusi program ini, kita bukan sahaja merakyatkan perkhidmatan awam malah membantu mengurangkan bebanan ekonomi mereka untuk mendapatkan lesen motosikal," katanya.

Mengenai program Hari Karnival Mesra Rakyat Jom JPJ, Sadim berkata, ia diadakan sehari dengan membabitkan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus.

"Program hari ini adalah kali keempat diadakan di Sabah tahun ini. Selepas ini, kita mungkin akan meneruskan program sama ke bandar lain seperti Tawau dan Sandakan.

"Kita mengharapkan ramai yang datang untuk membayar saman atau memeriksa jika mereka ada saman," katanya sambil menambah program ini diadakan 18 kali pada tahun lalu.-BHOnline
JPJ bantu penunggang motosikal peroleh lesen JPJ bantu penunggang motosikal peroleh lesen Reviewed by Unknown on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.