![]() |
Foto AFP |
NEW YORK 20 Mac - Sebuah kereta pandu sendiri Uber merempuh dan membunuh seorang wanita yang sedang melintas jalan di Arizona, Amerika Syarikat (AS) semalam, menjadikan kemalangan maut pertama diakibatkan oleh kenderaan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada teknologi yang dijangka mengubah sistem pengangkutan itu.
Menurut polis, mangsa Elaine Herzberg, 49, sedang menyorong basikalnya di luar laluan melintas di jalan raya empat lorong dekat pinggir bandar Phoenix dekat Tempe kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan sebelum dia dilanggar kenderaan Uber berkenaan yang bergerak pada kelajuan 65 kilometer sejam.
Tambah polis, Herzberg kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya di sebuah hospital. - REUTERS/Utusan
Kereta pandu sendiri Uber ragut satu nyawa di AS
Reviewed by Admin
on
March 20, 2018
Rating:

No comments: