Seo Services

Madu palsu dikhuatiri bunuh industri kelulut di Sarawak



KUCHING - Penghasilan dan penjualan madu kelulut palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang semakin berleluasa harus ditanggani segera kerana boleh membunuh industri itu di negeri ini.

Keadaan yang membimbangkan telah mendorong pengusaha ternakan madu kelulut di negeri ini bergabung menubuhkan Pertubuhan Usahawan Kelulut Bumiputera Sarawak(PUKBS) bagi menyelesaikan masalah berkenaan sejak dua tahun lalu.

Presiden PUKBS, Ismaily Liu Bujang berkata, pertubuhan itu yang ditubuhkan pada tahun 2016 akan memastikan hanya madu kelulut asli dibekalkan kepada pengguna.

“Timbul kerisauan dalam kalangan

penternak dan usahawan madu kelulut Sarawak terhadap pengedaran madu kelulut palsu atau yang dicampur dengan bahan lain.

“Melalui PUKBS, kita cuba membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini demi manfaat pengguna, di samping menjamin pendapatan pengusaha industri ini tidak terjejas,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PUKBS kali pertama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil mesyuarat kali ini, semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik menyatakan komitmen untuk bersama-sama membangunkan sektor pertanian baharu di Sarawak ini ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, terdapat lebih 500 penternak kelulut di Sarawak yang merupakan pengeluar terbesar madu kelulut di negara ini.

Tambahnya, setakat ini, seramai 100 penternak kelulut sudah mendaftar menjadi ahli pertubuhan itu dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.

“PUKBS turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Puan Sri Datuk Jamilah Anu sebagai penaung baharu persatuan.

“PUKBS berharap dapat menjadi platform membantu pengusaha meningkatkan pengetahuan teknikal tentang penternakan dan pada masa yang sama menjadi tempat untuk pemborong mendapatkan madu asli,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Madu palsu dikhuatiri bunuh industri kelulut di Sarawak Madu palsu dikhuatiri bunuh industri kelulut di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.