Seo Services

MUET Terima Pengiktirafan Antarabangsa


PUTRAJAYA - Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) menerima pengiktirafan Sijil Penjajaran Common European Framework Referance (CEFR) oleh Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge United Kingdom.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menerusi pengiktirafan itu akan membolehkan MUET dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

“Ujian ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini.

“Insya Allah, saya difahamkan ada negara lain dari Bangladesh, India dan Sri Lanka telah berhubung dengan kita untuk menggunakan ujian MUET,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 dan MUET di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
MUET Terima Pengiktirafan Antarabangsa MUET Terima Pengiktirafan Antarabangsa Reviewed by uMieySurianie on March 06, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.