Seo Services

Pasang bendera parti politik jangan ganggu pandangan



CYBERJAYA - Parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di dalam kawasan Sepang dinasihatkan supaya tidak menggantung bendera dan poster calon serta bahan kempen sehingga menganggu keselamatan jalan raya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Puasa Md. Taib berkata, mereka perlu meletakkan bahan-bahan berkempen berkenaan di lokasi sesuai dengan tidak menganggu penglihatan pemandu.

Menurut Puasa, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mencabut bendera dan poster parti yang didapati melanggar undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Dalam keghairahan berkempen, janganlah kita melampaui batas sehingga melanggar peraturan termasuk menjejaskan keselamatan orang awam dengan meletakkan bendera di kawasan yang boleh menggangu pandangan.

"Sebarang aduan mengenai pemasangan bendera boleh dikemukan kepada pihak MPSepang, bagaimanapun setakat ini kami tidak menerima lagi sebarang aduan berhubung perkara itu (Pemasangan bendera di tempat disepatutnya).

"Selain itu, parti-parti bertanding perlu meminta kelulusan kami dan membayar cagaran ditetapkan sebelum diberi kebenaran menggantung bahan kempen," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis MPSepang di sini hari ini. - K! ONLINE
Pasang bendera parti politik jangan ganggu pandangan Pasang bendera parti politik jangan ganggu pandangan Reviewed by Unknown on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.