Seo Services

Pencapaian SPM 2017 di Sarawak meningkat 0.17 peratus



KUCHING - Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 0.17 peratus berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon berkata, Gred Pencapaian Negeri (GPN) SPM 2017 mencatatkan pencapaian lebih baik iaitu merekodkan 5.17 peratus berbanding 5.34 peratus pada 2016.

Menurutnya, seramai 24 pelajar pula mencatatkan pencapaian A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Seorang pelajar, Angel Lai An Ge dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodis, Sibu berjaya memperoleh 12A+ dan merupakan pelajar terbaik di negeri ini.

"Seramai 23 lagi pelajar memperoleh keputusan 10A+ dan 11A+," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching di sini hari ini. - K! ONLINE

Pencapaian SPM 2017 di Sarawak meningkat 0.17 peratus Pencapaian SPM 2017 di Sarawak meningkat 0.17 peratus Reviewed by Unknown on March 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.