Seo Services

Penggal Kepala Ibu Kerana Harta


Lelaki membawa kepala ibunya ketika menyerah diri kepada polis selepas membunuh wanita itu dalam satu pertengkaran berhubung harta di Tamil Nadu, New Delhi.

Hindustan Times melaporkan, lelaki berusia 30 tahun itu yang cuma dikenali sebagai Anand bertengkar dengan ibunya pada pagi Ahad.

Pertengkaran itu dipercayai berhubung isu harta yang akhirnya melarat sehingga Anand memenggal kepala wanita malang itu menggunakan senjata tajam.

Dia kemudian berjalan ke balai polis sambil membawa kepala ibunya itu untuk menyerah diri pada petang sama, kata Times of India.

Sementara itu, NDTV memetik polis berkata, mangsa pernah didakwa membunuh suaminya 10 tahun lalu tetapi dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu. - Agensi
Penggal Kepala Ibu Kerana Harta Penggal Kepala Ibu Kerana Harta Reviewed by Unknown on March 19, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.