Seo Services

Polis tumpas kumpulan curi lori dan pecah rumah di Bintulu


BINTULU, 16 Mac (Bernama) -- Polis Bintulu menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri lori serta terlibat dalam kegiatan pecah rumah dalam operasi di kawasan ladang jalan pesisir Bintulu-Miri tengah malam tadi.

Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata suspek warga tempatan berusia 20 hingga 31 tahun itu dipercayai mencuri sebuah lori di kawasan Samalaju yang dilaporkan hilang empat hari lalu.

"Ketika serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, suspek sedang cuba menghidupkan enjin lori tetapi berjaya dihalang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dua kenderaan lain yang ada di lokasi itu selain televisyen, komputer riba dan tablet yang dipercayai hasil kegatan pecah rumah suspek di kawasan Sebauh.

"Ketiga-tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,"katanya. -- BERNAMA
Polis tumpas kumpulan curi lori dan pecah rumah di Bintulu Polis tumpas kumpulan curi lori dan pecah rumah di Bintulu Reviewed by Admin on March 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.